BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 1, 2014

Wow

Wow! Setahun takde update..

Sekarang dah menganggur lagi, maka ada la masa nak merepek..

Sepanjang tahun 2013, mmg busy dgn kerja..working night shift suits me well sebab aku ni susah tido malam, tapi lepas dah hampir 2 tahun kerja malam, badan dah tak larat...haha ye, makin tua..i know :p

Mungkin dah sampai masa utk cari kerja siang & something yg berkaitan dgn ape yg aku minat. Tengah cari in tourism industry or anything yg fixed shift.

Harap-harap dpt jumpa yg sesuai. Semoga Allah permudahkan. Amin.

Saturday, July 14, 2012

Hati-hati

Hati.tolong.jangan.jatuh.

Tolong.jangan.rapuh.

Ini langkah berhati-hati. Tapi, bukan mudah untuk halang hati dari tergelincir jatuh.

Harapnya kalau terjatuh, biarlah bersambut supaya tidak terluka.

Friday, May 25, 2012

:)

I was having a pretty crappy week BUT then YOU said HI :)

Friday, March 2, 2012

Menangis laju-laju :'(

Kalau berpisah disebabkan dia curang, menipu, kaki pukul..semua ni pernah lalui & tak susah mana nak MOVE ON! sebab perangai si lelaki mmg mcm *&%$#%* kan..


Tapi situasi skrg lain..
Anda & pasangan mmg berkasih syg..

  1. Dia pula seorang yg PENYABAR dgn kerenah anda yg kadang-kadang anda sendiri rasa diri anda ANNOYING & ACT DIFFICULT
  2. Dia sanggup luangkan masa utk jaga hati walaupun selepas penat bekerja
  3. Sentiasa cuba utk menggembirakan hati..
Dan atas sebab-sebab tertentu, anda berdua tahu yg anda tak mungkin akan bersama..mcmana nak MOVE ON & lalui proses perpisahan tu?


Ini perkara yg sgt rumit..


Bila berbincang dari hati ke hati, si dia berkata:


I boleh sayang u lebih dari apa pun, tapi u akan jadi milik I ke akhirnya? Tak kan? Dan bila masa berlalu, I tak sanggup untuk sakitkan u lagi teruk.. 

Perasaan ni..tak tahu mcmana nak luahkan dgn kata-kata..Dah cuba berkali-kali utk hilangkan diri dari dia, tp tanpa dia, rasa sakit juga..tapi utk apa diteruskan jika masing-masing dah tahu pengakhiran cerita tak sempurna ni






Wednesday, January 18, 2012

Kasih Sayang Allah kepada hambaNya :)


Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancangkan sesuatu yang lebih baik untukmu. 


Oleh itu, sentiasa bersangka baik pada Allah didalam apa juga keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya =)

Tuesday, January 17, 2012

Holding On


5th January 2011 ~ 5th January 2012 

He sent me an email containing quotes and I still have it with me.
It is my favourite quotes after all. And I guess we have been holding on to the quotes since that day.
It's Better to Lose your EGO to the One you LOVE than to Lose the One you LOVE because of EGO
Everytime we argue and hurt each other feelings, we always try our best to lose the ego and make things better again.
I know it is impossible to be done if one of us give up and I am lucky enough that he felt the same way too. Even though both of us know that we can't be together but we can't live without each other.That's exactly why we are still holding on to one another.


The saddest part is when u know he's afraid of losing you, and u've tried countless of times to move on and leave him behind.
Yet, he still chase after u. How can u walk away when u know all that he wants is for u to stay?


It's not easy but I can't let go of something that I can't live a day without. So let it be. Whether it's right or wrong. Knowing him is one of the best thing that happened to me last year. And I will never trade it with anything in this world.




Thursday, January 5, 2012

Bila tak ada depan mata, baru nak rindu-rinduan

25 April 2012 nanti baru dapat jumpa mak saya semula. Dia sedang berada di United Kingdom untuk melakukan kajian. Kajian tentang apa? Owh saya tak pasti..hehe something to do with chemistry.


Tak dinafikan seorang mak sgt memahami anak-anaknya. Contohnya:


(Perbualan telefon)


Ayah: Dah makan?
Saya: Belum..tak rasa nak makan..sakit perut
Ayah: Laa salah makan apa?
Saya: err bukan salah mkn..sakit perut lain..(period pain)
Ayah: eh? oooo..


kalau dgn mak sy..buat je muka berkerut enam belas ckp sakit perut...dia dah tahu anak dia sakit apa.


Adik lelaki yg bongsu pula memiliki karakter seperti ayah saya iaitu suka membebel. hahaha 
Jadi bila saya dirumah, dia selalu la membebel..kalau bawa dia keluar makan pun, dia akan membebel. Maka bila dia turut serta pergi ke UK menemani mak saya. Saya benci akan hakikat yang saya rindu mendengar bebelan dia. 


Waaaaa cepatlah bulan April :(

Monday, January 2, 2012

Jangan Melompat ke Kesimpulan



‘Don’t jump to conclusion’ apabila di 'google translate' 
maka jadi 'Jangan melompat ke kesimpulan'
hahaha jangan melompat ye kawan2 :)

1st Jan 2012
Dia call. 
(Sejak dah boleh terima yg kitaorg akan berkawan saja, rajin pula dia call)

Dia: U kat mana?
Aku: Baru balik, keluar minum tadi.
Dia: U TAU TAK BENDA TU HARAM?!!!

(err tak pasal2 pulak..dia ingat aku celebrate new year dgn minum sampai mabuk kot..haha ok, teruskan lakonan)

Aku: U minum boleh..
Dia: I tak minum la..

Ok, sah dia maksudkan minum alcohol

Dia: Berapa byk u minum?
Aku: hmm 2 gelas je.
Dia: Tapi u tau kan haram? Tak elok la…
Aku: Jom teman i minum
Dia: No! I tak nak
Aku: pleaseeee (gedik jap)
Dia: U jangan nak please please dgn i
Aku: Please please :p
Dia: Kina, STOP IT!


Sebelum dia maki hamun lg..baik potong ayat dia dok bebel2..hihi tp suka! Sbb tahu dia 
concern walaupun rasa nak maki balik! Ada ke ckp aku minum air seth tan tu..Ish..simpang malaikat 44..minta dijauhkan..


Aku: I tak tipu u, mmg I pergi minum..tp I minum TEH O AIS je..

Dia: %&^$#@!*&^% (mencarut dgn nada perlahan)
Aku: I boleh dengar laaa..

Tengah gaduh2 manja, tetiba 

Dia: jap, I call u balik

Malas nak gaduh lg.

Aku: Ok, bye! (letak phone)

Tak sampai beberapa saat, phone bunyi lg..

Dia: Kenapa u letak mcmtu je?!!

Hoi, datang bulan ke ape nk marah2 je ni..

Aku: (blur) Errr u ckp nnti u call balik, I letak la..dah tu nk letak mcmana?
Dia: hmm..ok, I call u balik nnti
Aku: boleh letak tak ni?

Dia: Boleh, I letak dulu


Heh sanggup tu call balik semata-mata nak marah sbb aku letak dgn pantas. 
Emo la tu sbb aku mcm tak heran sgt..hahaha

1 word for u – CHILDISH!

2012 ~ New Year Celebration

Seingat aku, tak pernah aku celebrate New Year. 
Memang tak ada dlm kotak ingatan.


Aku mmg tak suka tempat yg sesak dengan manusia. Bingit.
Kesesakan lalu lintas pun aku tak suka. Sape suka? haha tapi ada yg sanggup redah semata-mata utk hiburan.


Aku cuma sambut dpn TV, sambil online dan lepas sejam dua masuk tahun 2012, 
aku melelapkan mata.


Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.
Semoga tahun 2012 dpt menjadikan aku seorang yg lebih tabah & berani menghadapi segala cabaran yg bakal mendatang. InsyaAllah :)


2011 banyak mengajar aku tentang erti kesabaran. Banyak dugaan. Redha dgn segala ketentuanNya kerana aku yakin ia menjadikan aku manusia yg lebih baik dari sebelumnya. 


Sabar & ikhlas menerima takdir yg telah ditetapkan. Perjalanan hidup ini perlu diteruskan. 

Friday, October 21, 2011

Testing..cobaan 1, 2, 3..

Dah masuk hari ke-4 aku halang diri aku dari melakukan sesuatu.
Huwaarghhhh susah sgt okay!!

Tapi, aku yakin aku akan berjaya..
Awal-awal dulu mmg aku selalu gagal dgn cemerlang laaa.
Kejap-kejap dok tgk handphone,
lagi best dok tenung skrin handphone tu sambil termenung, kalau la handphone tu boleh bercakap,
aku gerenti dia dah maki aku.


HOI TAKDE KEJE LAIN KE?
pergi la basuh baju ke, cuci pinggan ke, tgk TV ke..

Tapi skrg dah okay sikit, aku boleh biarkan handphone tu duduk sorang-sorang dalam bilik.
Keluar rumah, saje buat-buat tertinggal dia.

Ni semua untuk diri aku sendiri juga. Aku sejujurnya dah letih mengharapkan sesuatu yg tak pasti.
Jadi, ni persiapan awal untuk test diri aku ni kuat ke tak untuk hidup tanpa dia.

Black belt

Situasi:

Aku & adik-adik sedang menonton TV.
Ada satu kisah mcm short film gak la, pasal sorang budak perempuan ni, umur belasan tahun,
dia belajar taekwondo, pastu 1 hari tu, dia tak dpt balance badan dia, dia terjatuh. Patah tangan kanan atau kiri, aku tak fokus pun tangan belah mana..huhu

Lepas tu dia cerita la mcmana doktor simen tangan dia yg patah tu..akhir sekali lepas dia dah mengharungi detik-detik sukar dlm hidup dia selama tangan disimen, dia pun berjaya dapatkan blue belt.

Aku pun ckp kat adik aku.


Aku: Heh, tak heran laaa, i ada black belt okay masa belajar silat dulu!! 


Adik: Errr silat bukan ke mmg black belt? (-.-)



Hahahaha memang pun :D

Sekian, mood sengal.

Tuesday, October 18, 2011

Luahan hati seorang lelaki

Seringkali kite mendengar luahan hati orang yg kecewa kerana cinta.

Dan selalunya aku mendengar cerita dari kwn-kwn perempuan.

Kali ni, kisah yg ingin aku kongsi. Luahan hati seorang LELAKI yg kecewa kerana CINTA.
Aku kenal dia pun masa sama-sama training kat Maxis. Satu hari tu dia tegur aku kat Facebook chat.
Berborak mcm biasa. Tetiba dia tanya, aku ada boyfriend tak. Heh, aku paling emo nak jwb soalan mcmni,
bukan ape, sebab bile aku jwb 'TAKDE', mesti reaksi spt ini 'YEKE? TIPU LA..
Eh aku ni suke menipu ke? haha

Kemudian mula la cite dia suke bersendiri, lebih baik bujang katanye..
Aku dpt detect ayat kecewa disitu. Entah kenapa dia rasa selesa nak cerita kisah percintaan dia.
Bercinta dgn si gadis dari zaman belajar, dah habis belajar, dapat tahu si gadis dah bertunang dari zaman dorang belajar lagi..kiranye si gadis ni bercinta dgn 2 org skali la..HEBAT! eh bukan, JAHATNYA KAMU..isk isk

Sedihkan bila tahu ada lelaki yg mencintai seorang perempuan dgn sepenuh hati tp dipermainkan. Sebab melalui pengalaman aku, rasanye susah nak jumpa dgn lelaki yg setia dgn cinta & bila putus cinta, dia punye kecewa sampai dia rasa nk membujang sampai tua..huuuu sedih lg..

Biasanye la, lelaki yg kecewa cinta, dah jumpa pengganti, nanti ok la balik..heee tp tu la, hati manusia, xdpt nk tilik lebih2..yg penting aku ckp kat dia, jangan paksa utk bercinta, perasaan tu akan datang sendiri bila tiba waktu yg sesuai & bila didatangkan seseorang yg mmg diciptakan utk kite. Kalau sekadar nak bercinta sebab nk cuba lupakan bekas kekasih, mmg lebih baik matikan niat tu! Nanti tak ikhlas. Akhirnya mungkin akan lebih menyakitkan. Kesian yg menjadi mangsa keadaan.

Aku doakan 1 hari nanti, pintu hati dia terbuka utk bercinta lg & semoga gadis tu hargai lelaki sebaik dia :)

Missing Star - YUNA


I can’t never really tell you why
I’ve been missing you a lot
And I just have to take another look
Of your photo in my wallet phone

And there’s no reason why
I keep your t-shirt by my side when i sleep
Pretending you were never really gone


It’s like a missing star
That’s always been up in your sky
It’s like the rainbow never comes after the rain
It’s like the sun never rises in every of your mornings
How am I suppose to live without those things
They are all you





Friday, October 7, 2011

MOVING ON


Moving on is deciding to leave behind the plans you've made inside your mind, where everything was perfect but impossible in reality :(

Janji tetap janji

Dulu dia suka suruh aku masak utk dia.

Masak la apa-apa pun, janji boleh makan. Katanya la.
Setiap kali aku masak, aku tak dpt jumpa dia pun utk bagi.
Sebab? sebab dia busy. Tak ada masa utk ambil pun ape yg aku masak utk dia.

Jadi, setiap kali mmg takkan sampai kat dia.
Disebabkan aku dah janji nak buat oreo cheesecake utk dia.
Kali ni, aku buat. Dan aku tak perlu nak tunggu dia free utk bagi.
Aku pass je cheesecake tu kat kwn aku suruh jadi posmen...eh posgirl. heee

Asalkan aku dpt tunaikan janji aku. Walaupun itu bermakna aku tak dpt jumpa dia pun.
Tapi, entah kenapa takdir menemukan aku dgn dia. Bukanlah secara 'face to face'. Tapi, aku ternampak dia dlm kereta tgh drive. Mungkin mahu pulang atau keluar mkn. Aku tak bertanya pun.

Yg penting tujuan sebenarnya dah tercapai. Tapi kenapa? kenapa hati rasa sedih ni? Owh abaikan. INI MOODSWINGS namanya.

Thursday, October 6, 2011

Robohnya benteng pertahanan

Bukan setakat roboh, runtuh, malah hancur berkecai.

Penat je membina benteng pertahanan diri.
Menyusun batu-bata sekeliling hati.
Membina tembok supaya tiada apa dpt menyakiti hati lg.

Tapi kali ni, bukan disakiti, cuma rasa simpati je..
Beria keraskan hati tak nak ambil peduli lg ttg si dia.
Lantaklah apa nak jadi pun! (ayat masa emo)

Tetiba smlm rasa tak sedap hati.
Tanya dia ok tak.

Aku: U betul ok? (tanya betul ke tak sebab selalu dia mesti jwb ok)
Dia: Tak. Sakit Hati.

(errr nape lak tetiba dia sakit hati ni? aku ada buat salah ke? menggelabah jap)

Aku: Kenapa? (jantung mcm nk tercabut tunggu reply)
Dia: Rokok.

ish laaa, aku ingatkan 'sakit hati' tu maksudnye sakit hati dgn aku. Ni hati dia sakit?

waaaa terus benteng roboh, tsunami melanda hati jap. Maka banjir la seluruh kawasan benteng pertahanan yg dibina.

TAHNIAH, anda gagal mengawal emosi & gagal mempertahankan ego!

kan dah ckp, aku ni cepat kesian. Dia tak buat salah pun, aku je nak jauhkan diri. Konon tak sanggup sakit lg kemudian hari. Nak kebalkan hati.

Aku tanya soalan cepumas kat dia: Kalau i xde lg, u ok kan?
Dia tanya aku balik soalan sama kat aku. Aku jwb tak.
Dia jwb dia pun sama.

Aku: Should I stay or walk away?
Dia: Stay. I would really appreciate it.

Mmg susah nak faham dia. Tapi aku tahu dia busy kerja. Maka, aku akan cuba memahami walaupun susah. Sebab bila aku tahu dia sakit, aku mmg tak sanggup kalau hilang dia. Jadi, aku dah tahu, aku tak patut hilangkan diri dari dia. So, I will stay as a friend :)



Saturday, October 1, 2011

INTERVIEW

Saya tak suka perasaan berdebar-debar nak pergi interview. ceh.


Sebab? sebab nak kena pura-pura berani dpn interviewer. Tapi TAK! sebenarnya penakut.

Lagi? Sebab nak kena berlakon hebat & yakin..kena berlagak komited. Padahal dlm hati ragu-ragu. Dlm hati mcm tak tetap pendirian.

cthnya ada persoalan spt: hmm boleh ke aku kerja ni? layak ke? Mcmana kalau itu..kalau ini..

Interview pertama: Jetstar Airways - beria buat sehabis baik, dpt offer, tp terpaksa reject. Sebab? tak confident & lokasi tak best

Interview kedua: walk in je kat Maxis. dapat. accept. after 11 months blah! sebab? err sebab bos gedik nak mampus kena jadi kaki kipas baru dpt benefits!

Interview ketiga: Citibank. try to be myself. berjaya utk 1st stage. 2nd stage dgn manager. Slack sebab lambat 5 minit. Bad impression! Balik, kecewa, rasa mmg tak dpt. Tp, Alhamdulillah. dapat melepasi halangan :)

Maka, sy akan mula menjadi sibuk bermula pd hari Isnin, 3 Oktober 2011. Sekian.

Monday, August 22, 2011

Diari Seorang Penganggur

Pernah alami situasi jadi penganggur? Tentu pernah. Hehe tapi mungkin ada yang tidak lama, ada yang berbulan-bulan..bahkan mungkin ada yg bertahun lamanya..(tu mmg dah dasar berat tulang kalau bertahun..heh)


Sejak menjadi penganggur, lebih-lebih lagi di bln puasa, dah macam rutin surirumah plak.

5 am- bgn, sediakan sahur.
5.20am- kejut adik sahur
6am -solat
6.45am - standby kalau2 si adik tak terbangun pegi sekolah.

lepas tu on9, kemas rumah sikit2..(sikit je..haha)

tido kalau ngantuk

bgn balik (waktu berbeza-beza..hihi)

pergi bazar ramadhan or tolong mak masak kat dapur utk berbuka.

mlm- kdg2 pergi beli brg dapur.

haaa kan da mcm surirumah..tangga je blm buat..ahaha

ok, sape2 yg berminat utk mengupah surirumah, bole call dinombor
+6012-2*****5 (sila cuba sampai dapat)

Friday, August 19, 2011

A thousand apologies

Sorry that I love you, sorry that I care

Sorry that we've taken for granted the love that we share

Sorry for the heartache, sorry for the pain

Sorry for what you gave if I didn't give back the same

Sorry for the waiting, sorry to waste your time

Sorry if I'm not worth it, you don't have to be mine

Sorry for mistaking something that I thought was true

Sorry if you don't understand why I do what I do

Sorry for my feelings if they're not enough

Sorry if we can't work through all this stuff

Sorry if you can't fit me into your life

Sorry if all I do is cause us to fight

Sorry if I'm cramping your style or getting in your way

Sorry if I don't say the things you want me to say

Sorry if I don't measure up to what you want me to be

Sorry if I can't be enough to make you just want me

Sorry for apologizing but I don't know what to do

Sorry if my only dreams consist of me and you.

Tuesday, August 9, 2011

Resepi Puding Karamel



Hai, bertemu lg kite dlm rancangan masak-masak bersama sy..heee
feeling2 jd pengacara + chef jap..
Skrg suke tgk rancangan masak2 kt TV,
termasuklah masterchef australia tu..terliur je tgk time2 bln puasa ni..hihi

Ok, ni nk bg resepi mcmana nk buat puding karamel yg enak, lazat sehingga menjilat sudu..

bahan2 yg diperlukan:

5 biji telur ayam
1 tin susu sejat ideal
3/4 susu pekat
3/4 air
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan kecil gula (untuk karamel)

Langkah berjaga-jaga..haha

1. masukkan gula 1 cawan kecil dalam kuali, tambah air sikit dalam 5 sudu besar..panaskan dan biar sampai gula larut sehingga menjadi warna keemasan, jgn biar hangus sgt, nanti pahit..

2. bila karamel da siap, masukkan dlm loyang yg da disediakan diatas pengukus.

3. Campurkan 1 tin susu sejat, 3/4 susu pekat, 3/4 air, 1 sudu kecil esen vanila ke dlm mangkuk besar..kacau hingga sebati..akhir sekali masukkan 5 biji telur.

(penting untuk kacau telur hingga sebati saje, xperlu la pukul beria-ria sampai keluar buih2 semua..nanti pudding x cantik)

4. Setelah sebati, tapis & tuangkan ke dlm loyang.

5. kukus dlm masa 25-30 minit


- masukkan ke dlm peti sejuk.

- menghitung detik utk berbuka dgn puding karamel yg enak & sejuk.

(utk tambahan: kalau suke, bole letak aiskrim vanila masa nak hidang..slurrrpp)

Selamat mencuba :)

Ni hasilnya...