BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 21, 2011

Testing..cobaan 1, 2, 3..

Dah masuk hari ke-4 aku halang diri aku dari melakukan sesuatu.
Huwaarghhhh susah sgt okay!!

Tapi, aku yakin aku akan berjaya..
Awal-awal dulu mmg aku selalu gagal dgn cemerlang laaa.
Kejap-kejap dok tgk handphone,
lagi best dok tenung skrin handphone tu sambil termenung, kalau la handphone tu boleh bercakap,
aku gerenti dia dah maki aku.


HOI TAKDE KEJE LAIN KE?
pergi la basuh baju ke, cuci pinggan ke, tgk TV ke..

Tapi skrg dah okay sikit, aku boleh biarkan handphone tu duduk sorang-sorang dalam bilik.
Keluar rumah, saje buat-buat tertinggal dia.

Ni semua untuk diri aku sendiri juga. Aku sejujurnya dah letih mengharapkan sesuatu yg tak pasti.
Jadi, ni persiapan awal untuk test diri aku ni kuat ke tak untuk hidup tanpa dia.

Black belt

Situasi:

Aku & adik-adik sedang menonton TV.
Ada satu kisah mcm short film gak la, pasal sorang budak perempuan ni, umur belasan tahun,
dia belajar taekwondo, pastu 1 hari tu, dia tak dpt balance badan dia, dia terjatuh. Patah tangan kanan atau kiri, aku tak fokus pun tangan belah mana..huhu

Lepas tu dia cerita la mcmana doktor simen tangan dia yg patah tu..akhir sekali lepas dia dah mengharungi detik-detik sukar dlm hidup dia selama tangan disimen, dia pun berjaya dapatkan blue belt.

Aku pun ckp kat adik aku.


Aku: Heh, tak heran laaa, i ada black belt okay masa belajar silat dulu!! 


Adik: Errr silat bukan ke mmg black belt? (-.-)



Hahahaha memang pun :D

Sekian, mood sengal.

Tuesday, October 18, 2011

Luahan hati seorang lelaki

Seringkali kite mendengar luahan hati orang yg kecewa kerana cinta.

Dan selalunya aku mendengar cerita dari kwn-kwn perempuan.

Kali ni, kisah yg ingin aku kongsi. Luahan hati seorang LELAKI yg kecewa kerana CINTA.
Aku kenal dia pun masa sama-sama training kat Maxis. Satu hari tu dia tegur aku kat Facebook chat.
Berborak mcm biasa. Tetiba dia tanya, aku ada boyfriend tak. Heh, aku paling emo nak jwb soalan mcmni,
bukan ape, sebab bile aku jwb 'TAKDE', mesti reaksi spt ini 'YEKE? TIPU LA..
Eh aku ni suke menipu ke? haha

Kemudian mula la cite dia suke bersendiri, lebih baik bujang katanye..
Aku dpt detect ayat kecewa disitu. Entah kenapa dia rasa selesa nak cerita kisah percintaan dia.
Bercinta dgn si gadis dari zaman belajar, dah habis belajar, dapat tahu si gadis dah bertunang dari zaman dorang belajar lagi..kiranye si gadis ni bercinta dgn 2 org skali la..HEBAT! eh bukan, JAHATNYA KAMU..isk isk

Sedihkan bila tahu ada lelaki yg mencintai seorang perempuan dgn sepenuh hati tp dipermainkan. Sebab melalui pengalaman aku, rasanye susah nak jumpa dgn lelaki yg setia dgn cinta & bila putus cinta, dia punye kecewa sampai dia rasa nk membujang sampai tua..huuuu sedih lg..

Biasanye la, lelaki yg kecewa cinta, dah jumpa pengganti, nanti ok la balik..heee tp tu la, hati manusia, xdpt nk tilik lebih2..yg penting aku ckp kat dia, jangan paksa utk bercinta, perasaan tu akan datang sendiri bila tiba waktu yg sesuai & bila didatangkan seseorang yg mmg diciptakan utk kite. Kalau sekadar nak bercinta sebab nk cuba lupakan bekas kekasih, mmg lebih baik matikan niat tu! Nanti tak ikhlas. Akhirnya mungkin akan lebih menyakitkan. Kesian yg menjadi mangsa keadaan.

Aku doakan 1 hari nanti, pintu hati dia terbuka utk bercinta lg & semoga gadis tu hargai lelaki sebaik dia :)

Missing Star - YUNA


I can’t never really tell you why
I’ve been missing you a lot
And I just have to take another look
Of your photo in my wallet phone

And there’s no reason why
I keep your t-shirt by my side when i sleep
Pretending you were never really gone


It’s like a missing star
That’s always been up in your sky
It’s like the rainbow never comes after the rain
It’s like the sun never rises in every of your mornings
How am I suppose to live without those things
They are all you





Friday, October 7, 2011

MOVING ON


Moving on is deciding to leave behind the plans you've made inside your mind, where everything was perfect but impossible in reality :(

Janji tetap janji

Dulu dia suka suruh aku masak utk dia.

Masak la apa-apa pun, janji boleh makan. Katanya la.
Setiap kali aku masak, aku tak dpt jumpa dia pun utk bagi.
Sebab? sebab dia busy. Tak ada masa utk ambil pun ape yg aku masak utk dia.

Jadi, setiap kali mmg takkan sampai kat dia.
Disebabkan aku dah janji nak buat oreo cheesecake utk dia.
Kali ni, aku buat. Dan aku tak perlu nak tunggu dia free utk bagi.
Aku pass je cheesecake tu kat kwn aku suruh jadi posmen...eh posgirl. heee

Asalkan aku dpt tunaikan janji aku. Walaupun itu bermakna aku tak dpt jumpa dia pun.
Tapi, entah kenapa takdir menemukan aku dgn dia. Bukanlah secara 'face to face'. Tapi, aku ternampak dia dlm kereta tgh drive. Mungkin mahu pulang atau keluar mkn. Aku tak bertanya pun.

Yg penting tujuan sebenarnya dah tercapai. Tapi kenapa? kenapa hati rasa sedih ni? Owh abaikan. INI MOODSWINGS namanya.

Thursday, October 6, 2011

Robohnya benteng pertahanan

Bukan setakat roboh, runtuh, malah hancur berkecai.

Penat je membina benteng pertahanan diri.
Menyusun batu-bata sekeliling hati.
Membina tembok supaya tiada apa dpt menyakiti hati lg.

Tapi kali ni, bukan disakiti, cuma rasa simpati je..
Beria keraskan hati tak nak ambil peduli lg ttg si dia.
Lantaklah apa nak jadi pun! (ayat masa emo)

Tetiba smlm rasa tak sedap hati.
Tanya dia ok tak.

Aku: U betul ok? (tanya betul ke tak sebab selalu dia mesti jwb ok)
Dia: Tak. Sakit Hati.

(errr nape lak tetiba dia sakit hati ni? aku ada buat salah ke? menggelabah jap)

Aku: Kenapa? (jantung mcm nk tercabut tunggu reply)
Dia: Rokok.

ish laaa, aku ingatkan 'sakit hati' tu maksudnye sakit hati dgn aku. Ni hati dia sakit?

waaaa terus benteng roboh, tsunami melanda hati jap. Maka banjir la seluruh kawasan benteng pertahanan yg dibina.

TAHNIAH, anda gagal mengawal emosi & gagal mempertahankan ego!

kan dah ckp, aku ni cepat kesian. Dia tak buat salah pun, aku je nak jauhkan diri. Konon tak sanggup sakit lg kemudian hari. Nak kebalkan hati.

Aku tanya soalan cepumas kat dia: Kalau i xde lg, u ok kan?
Dia tanya aku balik soalan sama kat aku. Aku jwb tak.
Dia jwb dia pun sama.

Aku: Should I stay or walk away?
Dia: Stay. I would really appreciate it.

Mmg susah nak faham dia. Tapi aku tahu dia busy kerja. Maka, aku akan cuba memahami walaupun susah. Sebab bila aku tahu dia sakit, aku mmg tak sanggup kalau hilang dia. Jadi, aku dah tahu, aku tak patut hilangkan diri dari dia. So, I will stay as a friend :)



Saturday, October 1, 2011

INTERVIEW

Saya tak suka perasaan berdebar-debar nak pergi interview. ceh.


Sebab? sebab nak kena pura-pura berani dpn interviewer. Tapi TAK! sebenarnya penakut.

Lagi? Sebab nak kena berlakon hebat & yakin..kena berlagak komited. Padahal dlm hati ragu-ragu. Dlm hati mcm tak tetap pendirian.

cthnya ada persoalan spt: hmm boleh ke aku kerja ni? layak ke? Mcmana kalau itu..kalau ini..

Interview pertama: Jetstar Airways - beria buat sehabis baik, dpt offer, tp terpaksa reject. Sebab? tak confident & lokasi tak best

Interview kedua: walk in je kat Maxis. dapat. accept. after 11 months blah! sebab? err sebab bos gedik nak mampus kena jadi kaki kipas baru dpt benefits!

Interview ketiga: Citibank. try to be myself. berjaya utk 1st stage. 2nd stage dgn manager. Slack sebab lambat 5 minit. Bad impression! Balik, kecewa, rasa mmg tak dpt. Tp, Alhamdulillah. dapat melepasi halangan :)

Maka, sy akan mula menjadi sibuk bermula pd hari Isnin, 3 Oktober 2011. Sekian.