Cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg sedang menunggu bas.
Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
"Eee…penuhnya… takde tempat duduk".
Jadi, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain".
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap,
"Eee… bas ni buruk sgt…mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan".
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm..takde air-cond..cuaca plak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain".
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah awak sedar bahawa awak dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
.................................................................................
Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber’aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak ditengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?
Mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
Tentu awak ada pengalaman mcm ni…
Awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat-buat tak faham dan pura-pura tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahaha…Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
.................................................................................
Jadi, bercinta tu ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak.
Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri dari CINTA!
(This is from my friendster blog, jumpe benda ni lama dah, saje nk share kt sini..walaupun sbenarnye in reality, xdela smpai mcmni kan..heee sb bile kite nmpk bas, slalunye main redah je naik wpun penuh..xde la demand sgt dlm bab tunggu bas ni)