Seingat aku, tak pernah aku celebrate New Year.
Memang tak ada dlm kotak ingatan.
Aku mmg tak suka tempat yg sesak dengan manusia. Bingit.
Kesesakan lalu lintas pun aku tak suka. Sape suka? haha tapi ada yg sanggup redah semata-mata utk hiburan.
Aku cuma sambut dpn TV, sambil online dan lepas sejam dua masuk tahun 2012,
aku melelapkan mata.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.
Semoga tahun 2012 dpt menjadikan aku seorang yg lebih tabah & berani menghadapi segala cabaran yg bakal mendatang. InsyaAllah :)
2011 banyak mengajar aku tentang erti kesabaran. Banyak dugaan. Redha dgn segala ketentuanNya kerana aku yakin ia menjadikan aku manusia yg lebih baik dari sebelumnya.
Sabar & ikhlas menerima takdir yg telah ditetapkan. Perjalanan hidup ini perlu diteruskan.
Monday, January 2, 2012
2012 ~ New Year Celebration
Posted by Kina at 6:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment