BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 11, 2010

Call Handling

Minggu ni adalah minggu terakhir training di Maxis. Kemudian, kami akan diletakkan didalam 'Fish Tank' selama 10 hari. Dalam 'Fish Tank', kami akan mula menjawab live call dgn bantuan mentor.


Hari ni ada assessment dimana setiap org perlu menjawab call & trainer akan duduk disebelah utk mendengar perbualan. Berdebar jantung tunggu call in. Alhamdulillah lulus! :)

Walaupun ada part2 yg menggelabah & stuck tak tahu apa yang patut dijawab. Customer punya scenario mmg critical thinking. Berharap sangat bila dah ada dalam 'Fish Tank' semua akan berjalan dengan lancar. Kalau semua ok, InsyaAllah mereka akan lepaskan kami 'ikan-ikan' ke 'Ocean'.

Fish Tank: Tempat kami akan menjawab live call dgn bantuan mentor & after call akan ada coaching. Mentor akan guide.

Ocean: Ini permulaan kerja yg sebenar. Menjawab call tanpa mentor. Tapi setiap team akan ada team leader, kalau ada sebarang masalah, boleh rujuk pada team leader.

Aku berharap duduk lama dalam Fish Tank sebab nak raya lama..hihi kalau still in Fish Tank, kerja dari isnin-jumaat. Bila dah masuk ocean, rotate shift la..cuti hari lain2 dah.



Salam Ramadhan

Salam Ramadhan to all muslim.


I've received an sms from a friend and would like to share here:

"Salam, My name is SYAABAN. My neighbour RAMADHAN will be visiting u soon with his wife REZEKI and 2 kids SAHUR & IFTAAR. They will be accompanied by 3 grandchildren RAHMAT, BARAKAH & TAUBAT. They will leave after 30 days by Eid Airlines. Treasure them & u will be blessed".

Hope that this Ramadhan will bring lots of Nur in our life. Amin. :)


Tuesday, August 3, 2010

Rindu belum berlalu pergi.

Rindu yang amat sangat. Menyesal pun tak berguna. Semuanya salah diri sendiri.



RINDU BELUM BERLALU PERGI. :(


Mungkin ini kedengaran agak remeh. Tapi tidak pada saya. Saya rindu mereka.



Seperti kebiasaan, mereka akan datang pada hari sabtu. Saya amat arif dengan jadual kedatangan mereka. Tapi, disebabkan pada hari isnin-jumaat saya bekerja, jadi saya memilih hari sabtu untuk mencari barang di kedai. hahaha kedai = shopping complex.

Ok, saya ke Sunway Pyramid untuk mencari kasut. Memandangkan hampir kesemua kasut dlm koleksi saya menyebabkan kaki saya melecet bila berjalan jauh ke sana sini (Plaza Sentral). Disebabkan itu, saya terlepas peluang untuk bertemu mereka yang saya kasihi :(

Kedengaran mengada pada anda? mungkin ya..tapi saya jenis yang bila ada masalah atau sedih, jumpa mereka ini & peluk mereka sudah cukup untuk membuatkan semua masalah saya terbang ke awan. Jadi, tidak pelik apabila terlepas peluang untuk berjumpa mereka pada minggu lepas menyebabkan airmata saya menitis (hanya beberapa titis, tidak sampai sebaldi)

Walaupun gembira dapat membeli-belah, tapi kegembiraan itu tidak sama dengan kegembiraan meluangkan masa dengan mereka ini.

Kerana tidak dapat membendung rindu yang sarat didada, saya menelefon mereka. :)

Faiz: Hello, nenek ke?

Me: tak la, ni cik na..

Faiz: oh cik na..cik na kat mana? kat rumah mak tok ke?

Me: a'ah kat rumah mak tok. Adik dah makan?

Faiz: Dah. Adik makan pisang.

Me: Makan pisang?

Faiz: a'ah..cik na tau makan pisang?

(ok, dah start gelak guling2)

Faiz: adik beli kat pasar tadi. tak jumpa cik na pun.

Me: cik na tak pegi pasar. cik na keje.

Faiz: cik na keje? cik ni pun? pak su mana?

(hihi semua dia tnya..adik = faiz, sangat petah bercakap, umur baru 3 tahun).

Bila cakap dengan Faiz, dah lega sikit perasaan. Tapi tak borak dengan abang. Tak tahu dia kat mana. Cepatlah tiba hari Sabtu. Nak peluk mereka.

Training at MAXIS

note: Post ini akan dibuat dengan menggunakan ayat-ayat skema.

Dah lama tak update blog ni...byk sawang dah..hihi
agak sibuk dengan rutin harian yang memaksa diri untuk melupakan aktiviti sosial seperti ber'facebook, chatting, blogging, basuh baju, lipat baju, kemas bilik...yang italic itu bukan aktiviti sosial. Tapi mmg penat sehingga tidak sempat membuat kerja rumah.

1st & 2nd week training:
Lokasi di Plaza Sentral, berdepan dengan KL Sentral, jadi perjalanan kesana mengambil masa agak lama. Ini termasuk waktu menunggu tren di stesen komuter dan juga menunggu lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau (biasanya lampu isyarat mengambil masa 15-20 minit untuk bertukar menjadi ultraman..sebenarnya saya yang mahu menjadi ultraman bila berdepan dgn lampu isyarat di kawasan perumahan saya).

Walaupun agak jauh, tapi disana kami disediakan dengan pelbagai juadah untuk sarapan dan juga minum petang. Jimat belanja. :)

3rd week training:
Masuk minggu ke-3, kami mendapat arahan untuk berpindah ke Menara Sunway. Yang menarik ialah lokasinya dekat dengan rumah, tapi tiada sarapan & minum petang FREE! Agak hampa.

suasana pembelajaran menarik. (bergantung pada siapa tenaga pengajar dan tempat duduk).

setakat ni dah nampak macamana suasana bekerja di Maxis Customer Service. Kena menjadi lebih SKEMA & juga belajar menahan sabar. Bulan Ramadhan juga hampir singgah menjenguk kita, jadi ini dapat membantu saya menjadi lebih sabar dengan harapan customer yang call juga akan bersabar jika menghadapi masalah. :D

sekian, saya rasa bosan dengan entry ini. Jika anda tertidur semasa membaca, sila turn off computer/laptop anda dahulu sebelum tidur dengan nyenyak. Selamat Malam.

Thursday, June 24, 2010

Rooftop Rant by Hlovate

1. It's much easier to spill to a stranger, spares the stigma & the judgement.


2. It's much easier to be understood by somebody who has been there & done that.

3. Everybody has skeletons in their closet.

4. I don't say 'TAKE A BIT FROM MY PLATE, CHEW, TELAN THEN TALK' for no reason.

5. Reality hurts, truth bites, living kills, today tortures & yesterday are just as bad. The only comfort is knowing we're proudly smart enough to live life the way we want it, though others' will never fail to try to screw it for us, we prove them wrong. Again and again.

6. A friend can be a good psychologist, but sometimes I doubt it vice versa.

7. Believing in God's love, live on because of His love, nothing can beat that, I know you would agree.


(from a novel written by Hlovate)

Saturday, June 19, 2010

Because I'm a GIRL



I just can't understand the ways
Of all the men and their mistakes
You give them all your heart
And then they rip it all away
You told me how much you loved me
And how our love was meant to be
And I believed in you
I thought that you would set me free
You should've just told me the truth
That I wasn't the girl for you
Still, I didn't have a clue
So my heart depended on you
Although I'll say I hate you now
Though I'll shout and curse you out
I'll always have love for you
Because I am a girl
Been told a man will leave you cold
Get sick of you and bored
I know that it's no lie
I gave my all, still I just cry
Never again will I be fooled
To give my all when nothing's true
I won't be played again
But I will fall in love again
Been told a man will leave you cold
Get sick of you and bored
I know that it's no lie
I gave my all, still I just cry
Never again will I be fooled
To give my all when nothing's true
I won't be played again
But I will fall in love again
You took advantage of my willingness
To do anything for love
Now I'm the only one in pain
Will you please take it all away
Never thought being born a girl
How I can love you and be burned
And now I will build a wall
To never get torn again

Wednesday, June 16, 2010

Kerja la..la..la..la..


Okay..semua yg dah tamat blaja nak cari keje..isi form on9, check websites mana2 yg ada job vacancy, apply & waiting for reply.


Semua sibuk2 cari kerja. As for me?
.
..
...
....
.....
......

Masih mencari kat mana letak semua sijil time skolah. haihh..malas betul la..sambil mencari tu, terfikir nak buat room makeover, yela, time ni pun yg free. Esok dah keje, xde masa nk kemas2.

Mak: Nak keje jd tukang masak?

Aku: hah? mana reti (dlm otak aku ni fikir mak aku ada nmpk iklan keje kosong)

Mak: kat umh ni la..


Memasak? suka tu suka la..tp aku suka baking cupcakes or making desserts. Bukan la masak lauk utk lunch or dinner. Nak ke hari2 mkn puding caramel or cupcakes? haha

OK, nk start kemas bilik dgn harapan jumpe la file yg terselit segala sijil. Amin.


Sunday, May 30, 2010

Just a reminder to myself.

Kadang2 kite lupa. Bile ditimpa musibah, kite rebah. Salahkan takdir. Sedangkan Dia Maha Mengetahui ttg setiap yg berlaku. Pasti ada hikmahnye.


No, I'm not facing any difficulties right now. Saje muhasabah diri. Bukan senang nak jadi baik yg 'baik'. Hmmm.


"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya"
-Al-Baqarah:216


"Adakalanya Dia memberi sebelum kita sempat menadah tangan kerana Dia sgt mengerti keperluan hambaNya & adakalanya Dia mengambil semula sblm sempat kita bersedia kerana Dia ingin menguji hambaNya".

communication breakdown

Teknologi boleh memudaratkan! My mum mmg selalu nak ajak pegi shopping ke pegi mana2, dia akan send sms walaupun dia berada dlm rumah. Teknologi la katakan..malas nk ketuk pintu bilik or jerit2 panggil.

Handphone aku plak agak bengong skrg..sometimes sms masuk lmbt or org call tp xdpt, then trus masuk kt voicemail. Nak beli baru? Nanti la..tunggu keje dlu..

So, ni kejadian yg baru berlaku sebentar td:


(vibrate) ada sms masuk dr mak: time dpt sms ni kul 6:30 p.m

- nak ikut p kedai?

aku pun keluar dr bilik mencari kelibat mak aku, nak tnya dia nak pegi mana..
x jumpe pun mak aku..aku tnya la adik laki aku:


me: mak pegi mana?

ari: mak pegi beli charger laptop.


(dlm fikiran aku, owh mak pegi jap je kot, nnti blk baru pegi kedai)

me: beli katne?

ari: entah. Empire mall kot. Baru dpt msg ke?



Arghhhhh cis2..x guna punya hp!!
aku pun pegi la check sms tu dihantar kul brape.


5:37 p.m!!!

hai la labu, mak pun satu..panggil jela..kan da xdpt jln2..

Mimpi mainan tdo?

Mimpi dikaitkan dgn mainan tdo..tp ada jgak mimpi yg menjadi realiti. Mungkin jgak petunjuk.


Contohnye:

Aku mimpi pasal arwah atuk tiri aku, masa aku mimpi ni atuk aku hidup lg, dia jatuh tangga & patah kaki, kena operate..then after more than 10 days duduk kat wad, he finally dpt blk rumah. Lega la gak, tp tgk dia sgt sengsara.

Aku pun tgh bz dgn exam yg bakal menjelang at that time, so aku berkesempatan melawat dia 2 kali je, skali kat hospital & skali kt rumah bile dah kuar dr wad.

Aku mimpi ni time dia da kluar dr wad. Mimpi pasal atuk aku, yg aku nmpk byg dia tp dlm kibaran bendera.

Esk tu aku dpt berita yg atuk aku masuk wad blk. tp aku xdpt pun melawat sb busy dgn research & exam.

Ingatkan smpai situ saje, mlm lpas aku blk dr buat research dgn Tiqa & June kat Shah Alam, b4 tdo aku mengomel sorang2:

" Bile la semua penat ni nk abis? Bile dah mati kot."

Ish, mmg aku merepek time tu, aku tdo dlm 1 jam, then dpt msg dr adik aku bgtau atuk aku da meninggal.

Melangkah ke bilik mayat tu sgt gerun. Tp, aku gagahkan kaki jgak. Sedih bile mengenangkan dia meninggal tanpa keluarga disisi. Atuk aku x bagi sape2 tunggu kt hospital mlm tu.

Dia sgt baik. Waktu mak aku nk smbg study kt UK dlu, dia yg excited tempah baju & beli kasut utk mak aku. Atuk kandung aku pun tak buat mcmtu.

Atuk aku meninggal kul 12 mlm, 8 mei 2010 dan 9 mei 2010 hari terakhir aku pegi berperang dlm dewan peperiksaan utk semester akhir ni. To be honest, I was totally blank during the examination. Tp aku redha & berserah pd takdir.

Semoga arwah tenang & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Takdir

Rasa seperti DIA menunggu utk melihat samada aku menunggu atau tidak. Kalau semua benda dah disediakan dgn jawapan & ditunjukkan jln, aku xkan berubah, xkan blaja utk menunggu & percaya yg sesuatu perkara tu telah ditetapkan olehNya. Kite harus percaya takdir. Tiada istilah kebetulan.




Mencari CINTA = Menunggu BAS?

Cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg sedang menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,

"Eee…penuhnya… takde tempat duduk".

Jadi, awak katakan pada diri awak,

"Saya akan tunggu bas yg lain".

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee… bas ni buruk sgt…mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan".

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,

"Emmm..takde air-cond..cuaca plak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain".

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

.................................................................................

Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber’aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak ditengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tentu awak ada pengalaman mcm ni…

Awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat-buat tak faham dan pura-pura tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahaha…Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

.................................................................................

Jadi, bercinta tu ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri dari CINTA!


(This is from my friendster blog, jumpe benda ni lama dah, saje nk share kt sini..walaupun sbenarnye in reality, xdela smpai mcmni kan..heee sb bile kite nmpk bas, slalunye main redah je naik wpun penuh..xde la demand sgt dlm bab tunggu bas ni)