BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 5, 2012

Bila tak ada depan mata, baru nak rindu-rinduan

25 April 2012 nanti baru dapat jumpa mak saya semula. Dia sedang berada di United Kingdom untuk melakukan kajian. Kajian tentang apa? Owh saya tak pasti..hehe something to do with chemistry.


Tak dinafikan seorang mak sgt memahami anak-anaknya. Contohnya:


(Perbualan telefon)


Ayah: Dah makan?
Saya: Belum..tak rasa nak makan..sakit perut
Ayah: Laa salah makan apa?
Saya: err bukan salah mkn..sakit perut lain..(period pain)
Ayah: eh? oooo..


kalau dgn mak sy..buat je muka berkerut enam belas ckp sakit perut...dia dah tahu anak dia sakit apa.


Adik lelaki yg bongsu pula memiliki karakter seperti ayah saya iaitu suka membebel. hahaha 
Jadi bila saya dirumah, dia selalu la membebel..kalau bawa dia keluar makan pun, dia akan membebel. Maka bila dia turut serta pergi ke UK menemani mak saya. Saya benci akan hakikat yang saya rindu mendengar bebelan dia. 


Waaaaa cepatlah bulan April :(

0 comments: