Hati.tolong.jangan.jatuh.
Tolong.jangan.rapuh.
Ini langkah berhati-hati. Tapi, bukan mudah untuk halang hati dari tergelincir jatuh.
Harapnya kalau terjatuh, biarlah bersambut supaya tidak terluka.
Saturday, July 14, 2012
Hati-hati
Posted by Kina at 2:03 PM 0 comments
Friday, May 25, 2012
Friday, March 2, 2012
Menangis laju-laju :'(
Kalau berpisah disebabkan dia curang, menipu, kaki pukul..semua ni pernah lalui & tak susah mana nak MOVE ON! sebab perangai si lelaki mmg mcm *&%$#%* kan..
Tapi situasi skrg lain..
Anda & pasangan mmg berkasih syg..
- Dia pula seorang yg PENYABAR dgn kerenah anda yg kadang-kadang anda sendiri rasa diri anda ANNOYING & ACT DIFFICULT
- Dia sanggup luangkan masa utk jaga hati walaupun selepas penat bekerja
- Sentiasa cuba utk menggembirakan hati..
Ini perkara yg sgt rumit..
Bila berbincang dari hati ke hati, si dia berkata:
I boleh sayang u lebih dari apa pun, tapi u akan jadi milik I ke akhirnya? Tak kan? Dan bila masa berlalu, I tak sanggup untuk sakitkan u lagi teruk..
Perasaan ni..tak tahu mcmana nak luahkan dgn kata-kata..Dah cuba berkali-kali utk hilangkan diri dari dia, tp tanpa dia, rasa sakit juga..tapi utk apa diteruskan jika masing-masing dah tahu pengakhiran cerita tak sempurna ni
![]() |
Posted by Kina at 10:46 AM 0 comments
Wednesday, January 18, 2012
Kasih Sayang Allah kepada hambaNya :)
Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancangkan sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasa bersangka baik pada Allah didalam apa juga keadaan kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya =)
Posted by Kina at 11:42 PM 0 comments
Tuesday, January 17, 2012
Holding On
It's Better to Lose your EGO to the One you LOVE than to Lose the One you LOVE because of EGOEverytime we argue and hurt each other feelings, we always try our best to lose the ego and make things better again.
I know it is impossible to be done if one of us give up and I am lucky enough that he felt the same way too. Even though both of us know that we can't be together but we can't live without each other.That's exactly why we are still holding on to one another.
The saddest part is when u know he's afraid of losing you, and u've tried countless of times to move on and leave him behind.
Yet, he still chase after u. How can u walk away when u know all that he wants is for u to stay?
It's not easy but I can't let go of something that I can't live a day without. So let it be. Whether it's right or wrong. Knowing him is one of the best thing that happened to me last year. And I will never trade it with anything in this world.
Posted by Kina at 7:20 PM 0 comments
Thursday, January 5, 2012
Bila tak ada depan mata, baru nak rindu-rinduan
25 April 2012 nanti baru dapat jumpa mak saya semula. Dia sedang berada di United Kingdom untuk melakukan kajian. Kajian tentang apa? Owh saya tak pasti..hehe something to do with chemistry.
Tak dinafikan seorang mak sgt memahami anak-anaknya. Contohnya:
(Perbualan telefon)
Ayah: Dah makan?
Saya: Belum..tak rasa nak makan..sakit perut
Ayah: Laa salah makan apa?
Saya: err bukan salah mkn..sakit perut lain..(period pain)
Ayah: eh? oooo..
kalau dgn mak sy..buat je muka berkerut enam belas ckp sakit perut...dia dah tahu anak dia sakit apa.
Adik lelaki yg bongsu pula memiliki karakter seperti ayah saya iaitu suka membebel. hahaha
Jadi bila saya dirumah, dia selalu la membebel..kalau bawa dia keluar makan pun, dia akan membebel. Maka bila dia turut serta pergi ke UK menemani mak saya. Saya benci akan hakikat yang saya rindu mendengar bebelan dia.
Waaaaa cepatlah bulan April :(
Posted by Kina at 7:16 PM 0 comments
Monday, January 2, 2012
Jangan Melompat ke Kesimpulan
1st Jan 2012
(Sejak dah boleh terima yg kitaorg akan berkawan saja, rajin pula dia call)
Dia: U kat mana?
(err tak pasal2 pulak..dia ingat aku celebrate new year dgn minum sampai mabuk kot..haha ok, teruskan lakonan)
Aku: U minum boleh..
Ok, sah dia maksudkan minum alcohol
Dia: Berapa byk u minum?
Aku: Jom teman i minum
Dia: No! I tak nak
Aku: pleaseeee (gedik jap)
Dia: U jangan nak please please dgn i
Aku: Please please :p
Dia: Kina, STOP IT!
Sebelum dia maki hamun lg..baik potong ayat dia dok bebel2..hihi tp suka! Sbb tahu dia concern walaupun rasa nak maki balik! Ada ke ckp aku minum air seth tan tu..Ish..simpang malaikat 44..minta dijauhkan..
Aku: I tak tipu u, mmg I pergi minum..tp I minum TEH O AIS je..
Dia: %&^$#@!*&^% (mencarut dgn nada perlahan)
Tengah gaduh2 manja, tetiba
Aku: Ok, bye! (letak phone)
Dia: Kenapa u letak mcmtu je?!!
Hoi, datang bulan ke ape nk marah2 je ni..
Aku: (blur) Errr u ckp nnti u call balik, I letak la..dah tu nk letak mcmana?
Heh sanggup tu call balik semata-mata nak marah sbb aku letak dgn pantas.
1 word for u – CHILDISH!
Posted by Kina at 6:46 AM 0 comments
2012 ~ New Year Celebration
Seingat aku, tak pernah aku celebrate New Year.
Memang tak ada dlm kotak ingatan.
Aku mmg tak suka tempat yg sesak dengan manusia. Bingit.
Kesesakan lalu lintas pun aku tak suka. Sape suka? haha tapi ada yg sanggup redah semata-mata utk hiburan.
Aku cuma sambut dpn TV, sambil online dan lepas sejam dua masuk tahun 2012,
aku melelapkan mata.
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini.
Semoga tahun 2012 dpt menjadikan aku seorang yg lebih tabah & berani menghadapi segala cabaran yg bakal mendatang. InsyaAllah :)
2011 banyak mengajar aku tentang erti kesabaran. Banyak dugaan. Redha dgn segala ketentuanNya kerana aku yakin ia menjadikan aku manusia yg lebih baik dari sebelumnya.
Sabar & ikhlas menerima takdir yg telah ditetapkan. Perjalanan hidup ini perlu diteruskan.
Posted by Kina at 6:32 AM 0 comments

