note: Post ini akan dibuat dengan menggunakan ayat-ayat skema.Dah lama tak update blog ni...byk sawang dah..hihi
agak sibuk dengan rutin harian yang memaksa diri untuk melupakan aktiviti sosial seperti ber'facebook, chatting, blogging, basuh baju, lipat baju, kemas bilik...yang italic itu bukan aktiviti sosial. Tapi mmg penat sehingga tidak sempat membuat kerja rumah.
1st & 2nd week training:
Lokasi di Plaza Sentral, berdepan dengan KL Sentral, jadi perjalanan kesana mengambil masa agak lama. Ini termasuk waktu menunggu tren di stesen komuter dan juga menunggu lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau (biasanya lampu isyarat mengambil masa 15-20 minit untuk bertukar menjadi ultraman..sebenarnya saya yang mahu menjadi ultraman bila berdepan dgn lampu isyarat di kawasan perumahan saya).
Walaupun agak jauh, tapi disana kami disediakan dengan pelbagai juadah untuk sarapan dan juga minum petang. Jimat belanja. :)
3rd week training:
Masuk minggu ke-3, kami mendapat arahan untuk berpindah ke Menara Sunway. Yang menarik ialah lokasinya dekat dengan rumah, tapi tiada sarapan & minum petang FREE! Agak hampa.
suasana pembelajaran menarik. (bergantung pada siapa tenaga pengajar dan tempat duduk).
setakat ni dah nampak macamana suasana bekerja di Maxis Customer Service. Kena menjadi lebih SKEMA & juga belajar menahan sabar. Bulan Ramadhan juga hampir singgah menjenguk kita, jadi ini dapat membantu saya menjadi lebih sabar dengan harapan customer yang call juga akan bersabar jika menghadapi masalah. :D
sekian, saya rasa bosan dengan entry ini. Jika anda tertidur semasa membaca, sila turn off computer/laptop anda dahulu sebelum tidur dengan nyenyak. Selamat Malam.
0 comments:
Post a Comment