Rindu yang amat sangat. Menyesal pun tak berguna. Semuanya salah diri sendiri.
RINDU BELUM BERLALU PERGI. :(
Mungkin ini kedengaran agak remeh. Tapi tidak pada saya. Saya rindu mereka.

Seperti kebiasaan, mereka akan datang pada hari sabtu. Saya amat arif dengan jadual kedatangan mereka. Tapi, disebabkan pada hari isnin-jumaat saya bekerja, jadi saya memilih hari sabtu untuk mencari barang di kedai. hahaha kedai = shopping complex.
Ok, saya ke Sunway Pyramid untuk mencari kasut. Memandangkan hampir kesemua kasut dlm koleksi saya menyebabkan kaki saya melecet bila berjalan jauh ke sana sini (Plaza Sentral). Disebabkan itu, saya terlepas peluang untuk bertemu mereka yang saya kasihi :(
Kedengaran mengada pada anda? mungkin ya..tapi saya jenis yang bila ada masalah atau sedih, jumpa mereka ini & peluk mereka sudah cukup untuk membuatkan semua masalah saya terbang ke awan. Jadi, tidak pelik apabila terlepas peluang untuk berjumpa mereka pada minggu lepas menyebabkan airmata saya menitis (hanya beberapa titis, tidak sampai sebaldi)
Walaupun gembira dapat membeli-belah, tapi kegembiraan itu tidak sama dengan kegembiraan meluangkan masa dengan mereka ini.
Kerana tidak dapat membendung rindu yang sarat didada, saya menelefon mereka. :)
Faiz: Hello, nenek ke?
Me: tak la, ni cik na..
Faiz: oh cik na..cik na kat mana? kat rumah mak tok ke?
Me: a'ah kat rumah mak tok. Adik dah makan?
Faiz: Dah. Adik makan pisang.
Me: Makan pisang?
Faiz: a'ah..cik na tau makan pisang?
(ok, dah start gelak guling2)
Faiz: adik beli kat pasar tadi. tak jumpa cik na pun.
Me: cik na tak pegi pasar. cik na keje.
Faiz: cik na keje? cik ni pun? pak su mana?
(hihi semua dia tnya..adik = faiz, sangat petah bercakap, umur baru 3 tahun).
Bila cakap dengan Faiz, dah lega sikit perasaan. Tapi tak borak dengan abang. Tak tahu dia kat mana. Cepatlah tiba hari Sabtu. Nak peluk mereka.
0 comments:
Post a Comment