Minggu ni adalah minggu terakhir training di Maxis. Kemudian, kami akan diletakkan didalam 'Fish Tank' selama 10 hari. Dalam 'Fish Tank', kami akan mula menjawab live call dgn bantuan mentor.
Hari ni ada assessment dimana setiap org perlu menjawab call & trainer akan duduk disebelah utk mendengar perbualan. Berdebar jantung tunggu call in. Alhamdulillah lulus! :)
Walaupun ada part2 yg menggelabah & stuck tak tahu apa yang patut dijawab. Customer punya scenario mmg critical thinking. Berharap sangat bila dah ada dalam 'Fish Tank' semua akan berjalan dengan lancar. Kalau semua ok, InsyaAllah mereka akan lepaskan kami 'ikan-ikan' ke 'Ocean'.
Fish Tank: Tempat kami akan menjawab live call dgn bantuan mentor & after call akan ada coaching. Mentor akan guide.
Ocean: Ini permulaan kerja yg sebenar. Menjawab call tanpa mentor. Tapi setiap team akan ada team leader, kalau ada sebarang masalah, boleh rujuk pada team leader.
Aku berharap duduk lama dalam Fish Tank sebab nak raya lama..hihi kalau still in Fish Tank, kerja dari isnin-jumaat. Bila dah masuk ocean, rotate shift la..cuti hari lain2 dah.
0 comments:
Post a Comment